advertisment2

Tuesday, May 25, 2010

JOM MAIN UKUR2 NAK X?

Memahami Berat Badan Sihat, Berat Badan Berlebihan, Obesiti

Indeks Massa Badan (BMI) –Piawaian global yang digunakan untuk mengelaskan berat badan sebagai normal, berat badan berkurangan atau berlebihan dan obes ialah Indeks Massa Badan, atau BMI.

BMI = Berat Bahad kg

Tinggi x Tinggi m2

TERLALU KURUS

<18.00

NORMAL

18.5 – 25.0

BERAT BERLEBIHAN

25.00 – 30.00

OBESITI (KEGEMUKAN)

> 30.00

Bagi mereka yang memeliki BMI melebihi 23 mudah menghidapi penyakit yang berkaitan.

Pakar daripada WHO (Badan Kesihatan Sedunia) telah mengesyorkan skala BMI yang lebih rendah bagi bangsa Asia: 18.5-23 untuk risiko yang meningkat tetapi boleh dikatakan rendah untuk menghidap penyakit yang berkaitan dengan berat badan; 23-27.5 bagi risiko yang lebih tinggi; dan 27.5 atau lebih memberi isyarat risiko yang membahayakan.


Nisbah pinggang-ke-pinggul (WHR)

Keliling pinggang sm/in

Keliling pinggul sm/in

SIHAT

< 0.9 (Bagi lelaki)

< 0.8 (bagi wanita)

TIDAK SIHAT

≥ 1.0



WHR dikira dengan membahagikan lilitan pinggang dengan lilitan pinggul. WHR ialah suatu ukuran mudah untuk taksiran pembahagian lemak dalam badan.

Bagi kebanyakan orang, dan mungkin terutamanya orang Asia, lemak di bahagian abdomen menyebabkan lebih banyak masalah kesihatan berbanding dengan lemak berlebihan di bahagian pinggul atau peha.

Tindakan untuk mengurangkan lemak daripada bahagian perut adalah langkah yang bijak.

Apakah cara terbaik untuk menyusutkan berat badan?

penyusutan berat badan yang berpanjangan adalah lebih menyihatkan dan dikekalkan dalam masa panjang berbanding dengan diet cepat-kurus.

Melainkan dalam keadaan tertentu, doktor menasihati sesiapa yang mempunyai berat badan berlebihan atau obes untuk menyusutkan 0.5-1 kg dalam seminggu, dan tidak sama sekali melebihi 1.5 kg seminggu.

Apa yang penting ialah untuk mengurangkan berat buat selama-lamanya dan bukan mengurang dan kemudian berat badan menambah pula dengan cepat selepas itu.

No comments: