advertisment2

Tuesday, May 25, 2010

KURMA: kepelbagaian khasiatnya

Kurma mempunyai khasiat yang banyak dan menjadi makanan utama Baginda Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam.







Jika sesiapa yang selalu makan kurma akan dihindari daripada terkena racun yang dimakan. Diriwayat oleh Aishah r.a. yang menjelaskan, kurma mengandungi ubat.

  • Dalam bidang perubatan, kurma baik untuk meredakan tekanan darah tinggi kerana ia tanpa kolesterol, lemak dan gula .
  • Dalam perubatan homeopati, biji kurma dikisar halus atau dijadikan serbuk seperti teh. Kemudian diirendam dan diminum bagi menyembuhkan pelbagai jenis penyakit.
  • Kurma dimakan bersama badam dan madu untuk menyembuhkan penyakit. Kurma dikatakan menambah tenaga seksual atau batin.
  • mencegah barah usus besar dan sembelit kerana ia melawaskan kerana mengandungi serat.
  • Selain itu ia mengandungi zat galian dan yang paling banyak dikenali sebagai potasium. Potasium diperlukan oleh tubuh untuk sistem saraf kerana kurma adalah excellant source atau sumber mujarab sepeti dalam susu, yogurt dan makanan laut .
  • Dari segi saintifik amat berkesan bagi mengubati gangguan usus yang kronik, dimana ketidakserasian dengan gluten, menghalang penyerapan zat-zat makanan secara sempurna.
  • untuk mengatasi masalah insomnia.
  • masalah batuk, menghilangkan gatal-gatal dalam kerongkong dapat dihindarkan kerana kandungan gula dalam buah kurma bertindak
  • Ia juga membantu melicinkan perjalanan darah dan menghindari dari penyakit barah, merawat buah pinggang dan mencuci hati, dan membantu mengurangkan pengaliran darah semasa kelahiran.
FAKTA TAMBAHAN TENTANG KURMA :
  • Mencegah Penyakit Kronik Seperti Jantung & Kencing Manis
  • Merangsang Dan Memudahkan Kehamilan
  • Mengikut pendapat pakar perubatan, buah kurma kaya dengan unsur zat besi dan kalsium sesuai untuk wanita sama ada semasa hamil dan selepas bersalin. Hal ini berasaskan kepada wahyu yang diturunkan oleh Allah kepada ibu Isa iaitu Maryam binti Imran supaya memakan buah kurma ketika beliau dalam keadaan lemah selepas bersalin.
  • Membunuh Kuman Dalam Badan
  • Kecerdasan Minda Dan Membantu Proses Tumbersaran (kurma juga elok untuk daya ingatan seperti kismis. )
  • Tenaga Segera
  • Membentuk Sifat Penyabar, Bersopan Santun Dan Cerdas Pemikiran
  • Mengambil Keberkatan Sewaktu Kelahiran
  • Diriwayatkan daripada Abu Musa r.a. katanya: “Anakku lahir, lalu aku membawanya kepada Nabi s.a.w. lalu baginda menamakannya dengan nama Ibrahim dan meletakkan pada lelangitnya dengan buah kurma.” Inilah yang dinamakan Tahnik atau meletakkan manisan pada mulut bayi.
  • Makanan Yang Paling Sempurna Bagaimanapun minuman ini tidak sesuai di amalkan oleh mereka yang mengidap penyakit diabetis, kerana ia boleh mendatangkan kesan yang lebih serius.

No comments: